“Dah Kahwin Ada Anak, Isteri”- Ramai Puas Hati Kakak Sembur Adik Persoal Abang Cuma Bagi Mak RM200

Family & Parenting
1 Oct 2025 • 4:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Setiap yang bergelar anak pastinya tidak mahu terlepas daripada berbakti kepada ibu bapa sebagai balasan telah membesarkan mereka dengan baik.

Tidak kiralah apa pekerjaan yang dilakukan sekali pun asalkan ia halal pasti rezeki itu turut dikongsikan bersama ibu bapa mengikut kemampuan mereka.

Ini kerana tidak dinafikan setiap individu mempunyai komitmen yang berbeza-beza seperti anak, barangan peribadi dan sebagainya.

Kakak ‘sembur’ adik selepas persoal abang hanya beri duit RM200 pada mak

Baru-baru ini, seorang wanita telah bertindak menyekolahkan adik bongsunya selepas mempersoalkan mengenai wang yang diberikan oleh abang sulung kepada ibu mereka.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @itsmensmm di Threads, wanita itu memaklumkan awalnya adik bongsu mempersoal mengenai gaji abang sulung mereka berjumlah RM5,000 namun hanya memberikan RM200 kepada ibu mereka.

Tegaskan abang juga ada komitmen dan tanggungjawab kepada anak serta isteri

Ujarnya sebagai kakak, dia kurang senang dengan perkara yang dipersoal oleh adiknya lantas bertindak menegurnya. Malah dia meminta si adik untuk mempertimbangkan keadaan si abang yang turut mempunyai tanggungjawab lain seperti anak dan isteri yang perlu ditanggung.

“Jadi sebagai kakak, aku pun semburlah (tegur) dia habis-habisan tadi.

“Kau ingat RM5,000 tu besar? Itu belum PCB (potongan cukai bulanan), SOCSO, EIS (Sistem insurans pekerja) dan sebagainya lagi. Along tu dah kahwin ada anak. Duit nak beli barang dapur, anak sekolah, minyak nak pergi kerja, insurans, makan minum anak dan isteri, makan dia dekat tempat kerja, tiba-tiba baju atau kasut sekolah anak rosak, beli buku dan macam-macam lagi.

“Komitmen dia pada anak isteri lebih utama. Mak tu aku ada bagi, kakak-kakak lain ada bagi setiap bulan. Entah-entah RM1,000 sebulan mak dapat duit dari anak-anak,” ujarnya kepada si adik.

Kakak persoal adik yang masih tak kerja walhal sudah 24 tahun

Malah dia turut mempersoalkan si adik yang masih tidak bekerja meskipun sudah berusia 24 tahun. Bukan hanya itu, wanita berkenaan turut menyuruh adik bongsunya itu bekerja di mana-mana industri sementara menunggu kerja yang bersesuaian.

“Kau tu? Dah 24 tahun asal tak kerja? Memilih kan? Pergi kerja DIY sana, ZUS ada, banyak kedai boleh kerja sementara nak tunggu kerja yang elok. Lagi sekali aku dengar kau sibuk hal duit adik-beradik lain siap kau ya,” tegas si kakak.

Katanya apabila ditegur sebegitu, si adik mula muncung dah tidak bertegur dengannya selama tiga hari. Namun wanita itu mengatakan dia tidak kisah dengan perkara itu.

Ramai puas hati kakak sembur adik

Melihat di ruangan balas, ramai yang berpuas hati dengan tindakan wanita ini apabila menegur perbuatan adiknya.

Malah ada yang menyifatkan dia seorang kakak yang bagus kerana berani menegur perbuatan adik yang tidak sepatutnya.

Ada juga yang berterima kasih kerana dia bertindak menyebelahi abang sulung serta memahami keadaannya.

Tidak kurang ada yang menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi mengenai gaji yang dimiliki.

“Yahoo, memang layak disekolahkan”

image is not available

“Pengajaran, walau macam mana baik sekalipun hubungan dengan ibu bapa atau adik-beradik. Jangan pernah kongsi gaji dengan mereka”

image is not available

“Terima kasih kerana menyebelahi along awak! Adik-beradik sepatutnya bersama-sama dengan cara saling memahami dan bukan menjatuhkan antara satu sama lain”

image is not available

“Memang layak kena sembur dan pang sedas”

image is not available