Netizen Pertikai Nas Daily Dilihat Berada Di Melaka, Katanya Guna Pasport Caribbean?

Entertainment
17 Oct 2022 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tak kenal Nas Daily ataupun nama sebenar Nuseir Yassin , seorang vlogger kelahiran Arab-Israel yang terkenal dengan videonya yang menceritakan beberapa kisah dan inspirasi di media sosial sehingga meraih perhatian warga dunia.

Namun, dalam dirinya menyampaikan perkara-perkara positif melalui videonya, ada juga beberapa individu dan pihak tidak senang dengannya dan terpalit juga dengan beberapa kontroversi dan isu-isu negatif.

Sebelum ini, dia pernah meluahkan hasrat untuk melancong ke Malaysia dalam satu videonya namun impiannya terhenti kerana dia memegang pasport Israel yang seperti kita tahu, Malaysia tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik bersama Israel.

Namun, tiada yang mustahil di dalam dunia ini melainkan usaha. Nuseir dilihat berjaya masuk ke Malaysia baru-baru ini. Eh macam mana boleh masuk?

Nas Daily datang ke Melaka jumpa peminat, akhirnya tercapai hasrat!

Sebuah video yang berdurasi 11 saat itu telah dikongsikan di TikTok memaparkan penampilan Nusier di Melaka yang mengejutkan beberapa individu di media sosial.

Menerusi video tersebut, Nusier dilihat sedang melayani beberapa orang yang mengenalinya di Melaka serta mengambil gambar bersama pada hujung minggu yang lalu.

“What a coincidence.”

@sunduvan01

fb story nash daily 12 jam di malaysia… dia tak pergi KL ker.?

♬ original sound – putyourcomments – putyourcomments

 

Netizen persoal macam mana boleh masuk Malaysia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran Nusier ke Malaysia dan ada juga yang merasakan bahawa dia telah membeli pasport negara lain hanya untuk melancong ke Malaysia seperti mana hasratnya sebelum ini.

Ada juga yang kata Nas Daily ini merupakan salah seorang agen kerajaan dari Israel? Macam over je hahaha…

image is not available

image is not available

image is not available

Nusier pakai passport negara lain untuk masuk ke Malaysia

Rupanya, vlogger ini telah membeli pasport dari sebuah negara kecil iaitu Caribbean hanya untuk melawat ke 20 negara yang difahamkan tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel yang menjurus kepada pengharaman untuk menjejakkan kaki ke negara-negara terlibat termasuklah Malaysia.

@nasdaily

Reply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

“Saya tidak dibenarkan masuk Malaysia, Libya dan Oman disebabkan saya pemegang pasport Israel. Saya telah dibenarkan masuk ke 20 negara. Jadi, nak tahu apa saya buat? Saya beli pasport negara lain dari Caribbeans, Saint Kitts and Nevis.”

Difahamkan, dia juga telah membayar lebih daripada $150,000 (RM617,475.00) hanya untuk mendapatkan pasport baru dari negara-negara tersebut.

Wah sanggup bayar mahal-mahal sebab nak melawat Malaysia!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.