Netizen Puji Tindakan Pelajar Sekolah Payungi Penumpang Turun Dari Bas Ketika Hujan

Entertainment
22 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang murid sekolah di Singapura baru-baru ini dipuji warganet apabila dia membantu memayungi para penumpang yang turun dari bas ketika hujan.

Tindakan baik hatinya itu telah sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di lokasi perhentian bas dan ia telah mendapat perhatian pengguna media sosial apabila video tersebut dikongsikan di Instagram.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat pelajar tersebut yang memakai baju seragam sekolah dan memikul beg memayungi penumpang yang turut agar baju mereka tidak basah terkena hujan.

Menurut individu yang merakam video tersebut, penumpang-penumpang yang turun daripada bas itu juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pelajar itu kerana telah membantu mereka.

Rata-rata netizen juga memuji sikap baik hati pelajar tersebut dan berpendapat bahawa ibu bapa pelajar itu telah mengajar adab sopan dengan betul kepadanya.

Selain itu, tular juga sebuah video lain yang menunjukkan seorang lagi pelajar berbeza yang turut memayungi penumpang yang turun dari bas ketika hujan.

@baebe22paches

what a gentleman. thank you handsome for sharing your umbrella to others. despite he almost missed his bus but what he does melts my heart. salute to you and your family who raised you as a fine gentlemen. #goodboymatters#goodupbringingsalute!

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.