Netizen puji Zizan Razak, hadiahkan abang kereta impian – “Patut murah rezeki”

LocalCars
17 Nov 2025 • 10:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pujian warganet apabila membuat satu kejutan istimewa buat abangnya, Hafiza Razak.

Hadiahkan abang kereta impian

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Zizan menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Hafiza yang turut merupakan kenderaan idamannya sejak dulu lagi.

@hafizarazak869

Alhamdulillah ya ALLAH… Terima kasih my adik @ZIZAN RAZAK dan ibuku @RatuEliz57

♬ original sound - Hafiza Razak | Abg Print Baju - Hafiza Razak | Abg Print Baju

“Cakap nak buat tinted kereta dia (Zizan), jadi aku masuk lah.
“Tapi tiba-tiba mereka cakap ‘suprise’. Itu kereta idaman aku,  tak tahu nak nangis ke apa,” kata Hafiza, semalam.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada adik dan ibunya atas hadiah penuh bermakna itu.

image is not available

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih adik dan ibu,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat pemurah Zizan yang tidak pernah berkira dengan keluarga dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Rezeki kongsi bersama

image is not available

Lelaki green flag

image is not available

Sebab tu rezeki melimpah ruah

image is not available

Artikel lain: Selalu menderma, Zizan Razak bukan tagih pujian – “Kalau boleh saya nak sorok”

Terdahulu, nama Zizan menjadi bualan dalam media sosial melalui perkongsian beberapa individu yang menerima bantuan daripadanya termasuk pelawak, Amir Raja Lawak.

Difahamkan, ramai yang kagum dengan sikap Zizan yang pemurah dan tidak mahu menunjuk-nunjuk dalam berbuat amal kebaikan.

Sumber: TikTok @hafizarazak869