Netizen Sebak Adik Ucap Selamat Hari Lahir Yang Ke-25 Buat Arwah Nurin Jazlin, Harap Pelaku Diberkas Biarpun 17 Tahun Berlalu

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun kes pembunuhan kanak-kanak perempuan bernama Nurin Jazlin berlaku 17 tahun yang lalu, tetapi kejadian itu masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia, lagi-lagi keluarga Allahyarham.

Ucapan selamat hari lahir

Melalui platform TikTok, tular video adik arwah Nurin iaitu Nurin Jazlisa mengucapkan selamat hari lahir buat arwah yang kini sepatutnya sudah berusia 25 tahun.

Menurut Jasliza, dia dan keluarga tidak pernah berhenti mendoakan arwah dan kenangan bersama tidak pernah luput di ingatan mereka.

11.9, genap umur kak ngah (Nurin Jazlin) 25 tahun. Selamat hari lahir kak ngah, kami sekeluarga sentiasa mendoakan kak ngah. Kak ngah sentiasa dalam ingatan kami.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Jasliza turut memohon orang ramai agar terus sedekahkan doa buat arwah Nurin.

image is not available

image is not available

Pelaku masih belum dijumpai

Sekadar info, pada 20 Ogos 2007, Allahyarham Nurin Jazlin dilaporkan hilang selepas didakwa diculik ketika meninggalkan rumah sendirian untuk pergi ke pasar malam di Wangsa Maju.

Lebih menyedihkan apabila arwah ditemui pada 17 September 2007 dalam sebuah beg tanpa seurat benang di Petaling Jaya dan hingga ke hari ini, pelaku masih belum dijumpai.

image is not available 3 years ago

Kes Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup, Pihak Polis Temui Maklumat Baharu Berhubung Kes