"Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup

11 Sep 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

17 tahun berlalu, kisah kematian tragis kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia.
 
Lebih pilu, hari ini, 11 September 2024 genaplah usia Nurin Jazlin 25 tahun andai Allahyarham masih hidup.

 
"Rindu kami kepada arwah kak ngah (panggilan Nurin Jazlin di rumah) tidak pernah padam. Setiap masa saya rindu anak saya, setiap tahun apabila tibanya tarikh ini, pasti saya akan teringat kenangan bersamanya, beli kek, hadiah dan segala yang dia mahu," buka kata-kata Jazimin.


 
"Nanti kalau saya cakap orang kata saya gila. Tapi saya tahu Nurin masih hidup, cuma saya tak tahu dia dimana.