Netizen Selar Tindakan Dedah Rekod Jenayah Lampau Pemandu Lori, Dakwa Tiada Kena Mengena Dengan Punca Kemalangan

Entertainment
14 May 2025 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkenaan pemandu lori yang merempuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga menyebabkan kematian sembilan orang anggota mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Suspek lelaki berusia 45 tahun itu difahamkan telah dikenakan hukuman penjara terhadap kesalahan tersebut yang melibatkan satu kes jenayah rogol, satu kes dadah dan empat lagi kes jenayah curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

image is not available

“Perlukah ini semua didedahkan kepada umum pada saat ini?”

Walau bagaimanapun, pendedahan berkenaan rekod jenayah lampau pemandu lori berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang beranggapan ia tiada kena mengena dengan punca kemalangan berlaku.

Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Abam Peah di Facebook, dia berpendapat suspek telah pun menjalani hukuman di atas kesilapan lampaunya dan tidak adil untuk pemandu lori itu ‘dihukum’ buat kali kedua dengan membuka sejarah lampau.

Lebih menyedihkan apabila siasatan awal menunjukkan kemalangan berpunca daripada kegagalan teknikal sistem stereng lori, bukan disebabkan pengaruh dadah, arak, atau apa-apa unsur jenayah aktif.

“Maka, kenapa perlu dikaitkan dengan sejarah silam yang tiada kena mengena dengan insiden semasa?” tulisnya.

Tambah Abam Peah lagi, tindakan tersebut mengundang aib kepada individu dan keluarganya serta ia juga mewujudkan stigma berpanjangan terhadap bekas banduan yang cuba membina kehidupan baru.

“Company tak selenggara lori ikut jadual. Tapi yang disalahkan sejarah 10-20 tahun…”

Dalam pada itu, komen netizen di media sosial juga meminta pihak syarikat lori berkenaan untuk bertanggungjawab dalam kes ini kerana didakwa gagal menyelenggara kenderaan berat tersebut yang menjadi punca kemalangan.

image is not available

Sungguhpun begitu, ada juga yang berpendapat media tidak patut dipersalahkan dalam isu ini kerana tugas mereka hanyalah melaporkan apa yang didedahkan dalam kenyataan media polis baru-baru ini.

image is not available

Apa pendapat korang? Berat juga isu yang diperkatakan ini. Apa-apapun sebaiknya kita serahkan segala siasatan kepada pihak polis. Tunggu laporan lanjut yang akan didedahkan tidak lama lagi.

Sumber: Facebook, X

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.