Netizen Serang Ahli Kumpulan Rap Malaysia, Forceparkbois

LocalEntertainment
12 Jun 2025 • 10:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia rap malaysia ganja nakalness

Satu berita panas petang tadi menggemparkan media sosial apabila tersebar dakwaan seorang penyanyi rap Malaysia ditahan di Laos kerana terlibat dengan penyeludupan dadah seberat 86 kilogram ganja.

Lebih mengejutkan, wujud dakwaan bahawa suspek tersebut adalah ahli kumpulan rap popular tempatan. Walaupun gambar yang dimuat naik media Laos telah dikaburkan, netizen tetap berjaya mengecam identiti individu tersebut.

Pelbagai nama mula dikaitkan, tapi satu nama yang benar-benar jadi sasaran ialah Nakalness atau Amar Ariff, anggota kumpulan Forceparkbois.

Akaun sosial Nakalness diserbu…

image is not available

Tanpa menunggu pengesahan rasmi, netizen terus ‘serang’ media sosial Nakalness dengan pelbagai tuduhan dan spekulasi liar. Namun begitu, hingga kini belum ada pengesahan rasmi sama ada beliau benar-benar terlibat atau tidak.

Untuk info, media Laos sebelum ini melaporkan seramai tiga rakyat Malaysia telah ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup 103 bungkusan ganja ke Jerman pada 27 Mei lalu. Salah seorang suspek dipercayai seorang rapper dari Johor Bahru.

image is not available

Pssttt! Kes penyeludupan dadah melibatkan rakyat Malaysia di luar negara memang bukan isu baru, tapi bila melibatkan nama besar dalam industri muzik, kesannya berganda. Sama ada benar atau tidak, kita tunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa. Buat masa ni, jangan cepat jatuhkan hukuman hanya berdasarkan gambar kabur.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.