Netizen mula membuat spekulasi tentang identiti salah seorang suspek rakyat Malaysia yang ditahan di Laos kerana disyaki menyeludup ganja seberat 86 kilogram, selepas foto suspek yang dikaburkan tular di media sosial.
Individu terbabit dikatakan seorang penyanyi rap tempatan yang juga ahli kumpulan muzik popular, apabila ruang komen akaun Instagram miliknya dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat.
- Nahas bas UPSI: JPJ bakal heret syarikat bas ke mahkamah, gagal patuhi 7 syarat keselamatan
- ‘Awat tak tanam sawit getah sekali?’, Video pemilik kondo tanam pokok pisang di balkoni cetus persoalan netizen
- Beberapa jam sebelum nahas, penumpang sempat rakam sistem pesawat gagal berfungsi
- Nahas pesawat Air India, 241 penumpang maut, hanya seorang terselamat
Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Ini ke orangnya?”, “Tolonglah beritahu perkara ini tak betul, bro,” dan “Netizen Malaysia memang laju.”
Hantaran terakhir di akaun berkenaan dimuat naik pada 21 Mei lalu, beberapa hari sebelum insiden penahanan tiga rakyat Malaysia itu dilaporkan. Usaha media untuk menghubungi wakil artis terbabit setakat ini tidak berjaya.
Siapa suspek sebenar dalam kes ganja Laos?
Media Laos sebelum ini melaporkan tiga rakyat Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup 103 bungkusan ganja ke Jerman pada 27 Mei lalu. Salah seorang daripada mereka dipercayai seorang penyanyi rap dari Johor Bahru. Namun sehingga kini, pihak polis Laos belum mengesahkan identiti penuh ketiga-tiga suspek, dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Sementara itu, kumpulan muzik yang dikaitkan netizen mempunyai puluhan ribu pengikut di TikTok dan pernah bekerjasama dengan syarikat rakaman antarabangsa. Isu ini terus menjadi perhatian pengguna media sosial yang menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa bagi merungkai spekulasi yang bertebaran.
The post Netizen serbu IG penyanyi rap, dakwa mirip suspek kes ganja di Laos? appeared first on The Reporter.




