Netizen Simpati Lihat Anak Muda Gigih Beratur Panjang Seawal Jam 4 Pagi Mohon Pekerjaan Di Kuching

3 Mar 2024 • 1:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kegigihan anak muda ini buat netizen berasa simpati

Netizen Simpati Lihat Anak Muda Gigih Beratur Panjang Seawal Jam 4 Pagi Mohon Pekerjaan Di Kuching. Habis sahaja menuntut ilmu ke menara gading, semua orang pasti akan melalui fasa realiti kehidupan di mana pencarian kerja itu adalah sesuatu yang harus dilakukan.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian gambar di media sosial di mana anak-anak muda beratur panjang demi mencuba nasib dalam temuduga terbuka di sebuah syarikat terkemuka di Kuching, Sarawak.

image is not available
Netizen Simpati Lihat Anak Muda Gigih Beratur Panjang Seawal Jam 4 Pagi Mohon Pekerjaan Di Kuching. Kredit gambar: FB Affy Johary

Beratur seawal jam 4 pagi

Dalam perkongsian tersebut, boleh dilihat betapa ramainya orang yang beratur di hadapan syarikat berkenaan dan diiringi dengan cuaca hujan yang kurang mengizinkan.

Walaupun cuaca sedemikian, anak-anak muda tersebut tetap gigih beratur seawal jam 4 pagi demi mencuba nasib mereka.

image is not available
Kredit gambar: FB Affy Johary

Netizen simpati lihat kegigihan anak muda

Netizen pula rata-ratanya berasa simpati melihat kegigihan anak-anak muda ini dan ramai yang mendoakan kejayaan buat mereka.

Apapun, semoga maju jaya diucapkan kepada semua individu di luar sana yang sedang berusaha mencari pekerjaan!

Lagi cerita terkini dan menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved