Netizen Syak Fattah Amin Dah Jumpa Pengganti? – “Yang Dihati, Jangan Jalan-Jalan”

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin sering menjadi tumpuan peminat apatah lagi setelah dia bergelar duda usai perceraiannya bersama pelakon Nur Fazura.

Terbaru, aktor kacak itu sekali lagi mencuri perhatian apabila dia memuat naik video momen ketika dirinya sedang bercuti di Dubai.

Namun, apa yang menjadi sorotan netizen adalah kapsyen video tersebut yang seolah-olah memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki seseorang.

Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan..

image is not available

image is not available

Perkongsian itu kemudiannya mengundang komen-komen nakal netizen malah ada yang mengaitkan dia dengan penyanyi Amira Othman.

image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah bercerai talak satu setelah 7 tahun hidup berumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Dah 3 Tahun, Tak Ajar Dia Ke?" - Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap, Ini Respon Watie