Netizen syak kes Aliff Aziz & Ruhainies hanya sekadar marketing?

10 Mar 2024 • 3:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Timbul spekulasi yang mengatakan isu membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di kondominium mewah di ibu negara adalah marketing semata-mata.

Spekulasi itu mula berlegar di media sosial selepas netizen mendapati dua pelakon berkenaan pada ketika ini sedang bekerjasama.

Bagaimanapun, ada netizen yang menyangkal spekulasi tersebut berikutan adanya pengelibatan pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPM).

image is not available

“Tak mungkin marketing. Kalau penguatkuasa involve, not possible just marketing,” – Asyraf.

“Takkan marketing sampai Bella kena pergi pejabat agama semalam, pagi buta? Dengan Adira sekali tolong temankan. Banyak betul duit nak marketing, bayar sekali abam bomba. Semua yang terlibat payment mahal juga. Baik dia buat filem je,” – Perempuan Psycho.

Terdahulu, media melaporkan Aliff dan Ruhanies ditahan oleh JAWI kerana disyaki berkhalwat di kediaman pelakon wanita itu. Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Di media sosial, Aliff dan Ruhainies masing-masing memohon maaf di atas apa yang telah berlaku. Malah mendakwa ada laporan kurang tepat yang boleh menimbulkan fitnah terhadap mereka.

Kedua-duanya dijangkakan akan mengeluarkan kenyataan atau penjelasan berhubung kejadian itu pada waktu terdekat.

Sumber: X