Netizen Tak Puas Hati, Kerajaan Negeri Selangor Beli Kapal Korek 10 Juta Untuk Dijadikan Muzium

LocalEntertainment
25 Feb 2023 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Negeri Selangor telah membeli sebuah kapal korek untuk dijadikan Muzium Perlombongan dan Kapal Korek di Dengkil dan dijangka siap tahun hadapan.

Memetik laporan Selangor Kini, pada bulan Jun 2022, Kerajaan Negeri memperoleh kapal korek biji timah antara terbesar di dunia seberat lebih 6,000 tan melalui Majlis Perbandaran Sepang dengan kos lebih RM10 juta. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk menjadikan kapal korek itu sebuah muzium bersejarah sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pelancong tempatan dan luar.

Namun, berita pembelian kapal korek itu telah mendapat reaksi negatif dari netizen yang rata-rata meluahkan kos pembelian itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik. Hal ini berlaku selepas @Twt_Cyberjaya memuat naik ciapan dibawah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

 

Reaksi netizen

Seperti yang min cakapkan tadi, rata-rata netizen tak puas hati dan memberikan pandangan negatif terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk membina Muzium Perlombongan dengan pembelian kapal korek ini.

image is not availableimage is not availableDana yang diperuntukkan tu sebenarnya boleh digunakan untuk membaiki lampu jalan di sekitar Cyberjaya. Memang gelap pun jalan dekat Cyberjaya tu malam-malam.

image is not availablePeruntukkan RM10 Juta tak pasti sekali dengan kos baikpulih atau hanya kos pembelian. Kalau nak baik pulih telan berapa juta pula belanjanya kan?

image is not availableMemang tak dinafikan untuk buat muzium tu adalah usaha yang bagus. Tapi ada perkara lain yang lebih utama untuk diambil perhatian. Contohnya, lampu jalan dan jalan yang rosak.

image is not availableBaru tahu lokasi kapal korek ni dekat dengan tapak pelupusan sampah kering. Kalau nak pergi muzium ni nanti mungkin akan ada pencemaran bau.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.