Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi

18 Jun 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan pencipta kandungan Prince Syed mendedahkan yang isterinya, Fatin Syazwani kini sedang berbadan dua.

Mengandung

Perkhabaran tersebut diberitahu sendiri oleh Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menerusi ruangan komen di TikTok.
 

@syed.fatin.jaeden.haifa Hadiah tudung bertatahkan Swarovski RM 35 ribu ringgit untuk isteriku tercinta di pagi raya Aidiladha ,baju bernilai RM 9 ribu dan barang mekap dari @1MinuteMiracleHq ♬ original sound - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa


 

“Wife nampak berisi sudah lagi,” tulis pengguna TikTok berkenaan.

Dalam masa sama, Prince Syed membalas: “Mengandung” katanya.

Menerusi ruangan balas, ramai dalam kalangan pengikutnya memberikan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan terhadap pasangan itu.

image is not available

Terdahulu, nama Prince Syed kembali viral setelah dia menghadiahkan sehelai tudung bertakhta 12,500 kristal Swarovski.

Difahamkan, tudung berkenaan berharga RM35,000.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.