Muat Naik Gambar Tidak Berbaju, Alvin Chong Terima Komen Lucah Dari Netizen 

11 Oct 2022 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alvin Chong - Gambar dari Twitter Alvin Chong

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi kacak, Alvin Chong telah berkongsi sekeping foto dirinya yang tidak berbaju dan menampakkan dadanya yang seksi. 

“Akhirnya dapat lihat sedikit progres,” tulis Alvin di kapsyen gambar berkenaan yang dimuat naik di Instagram dan juga Twitter.

Gara-gara mempamerkan aset tubuhnya yang mengiurkan itu, ramai yang telah meninggalkan komen lucah di gambar berkenaan. 

Ada netizen yang meminta supaya para penerbit di Malaysia segera memberikan watak utama kepada Alvin dan meminta supaya diadakan babak di dalam bilik mandi untuknya. 

image is not available

Wajah kacak Alvin mula menghiasi kaca televisyen Malaysia selepas di membintangi drama popular, 'Suri Hati Mr Pilot' pada tahun 2016.

Sejak itu Alvin sering menjadi pilihan untuk membintangi drama-drama Melayu termasuklah drama adaptasi dari Korea, 'She Was Pretty' yang disiarkan di platform penstriman Viu. 

Alvin juga pernah mengeluarkan single bertajuk Sayangku Salmah kira-kira dua tahun lalu. – Getaran, 11 Oktober 2022