Netizen Tegur Pemakaian Bella Astillah Yang Dikatakan Agak Seksi?

Entertainment
4 Jun 2024 • 10:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dikecam netizen gara-gara memakai pakaian yang dikatakan agak seksi ketika membuat persembahan.

Menerusi TikTok, video yang tular itu menunjukkan Bella sedang menyanyikan lagu berjudul ‘Masing-Masing’ nyanyian Ernie Zakri.

Kalau korang tengok video itu, Bella mengenakan baju berona kelabu seakan jenis ‘tube’ pada bahagian badan dengan menggunakan kain jenis ‘net’ di bahagia  dada tanpa lengan.

Ada segelintir netizen yang berkata penampilan Bella ketika itu tidak sesuai dengannya kerana agak seksi.

Ada juga yang menasihati penyanyi itu supaya menjaga pemakaiannya tambah lagi apabila di depan khalayak ramai.

Bukan tu jer, ada netizen menasihati individu yang tegur Bella itu agar tidak mudah menjatuhkan hukum dan tidak menyibuk urusan orang lain.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.