Netizen terkedu, tak sangka ramai rupanya kanak2 hilang masih belum dijumpai

25 Jul 2024 • 4:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai isu orang hilang di media sosial sehingga membuatkan netizen tak sangka ramai kanak-kanak hilang masih belum dijumpai sehingga kini.

Ia selepas salah seorang pengguna platform X meluahkan kerisauan dan ketidaksangkaan setelah memeriksa laman sesawang rasmi mengenai kanak-kanak hilang.

Tak sangka ramai rupanya…

Menerusi ciapan dimuat naik prettylupins, dia akui berasa sesak dada apabila melihat ramai kanak-kanak dilaporkan hilang dan masih belum ditemui sehingga kini.

Apa yang lebih menyedihkan apabila mendapat tahu kanak-kanak yang hilang sejak tahun 2010 belum dijumpai.

“Sesak dada rasa bila tengok laman kanak-kanak hilang ni. Ya Allah..
“Baru tahu kita ada laman rasmi untuk kes orang hilang. Data 2010 pun ada lagi, sampai sekarang tak jumpa.
“Ya Allah, manalah anak-anak ini semua,”luahnya dengan nada penuh risau.

image is not available

Antara kanak-kanak tersenarai adalah Sathiskumar yang menghidap penyakit sawan sejak kecil dikatakan kali terakhir dilihat di Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kanak-kanak yang turut tersenarai adalah Low Min You berusia tiga tahun ketika dilaporkan hilang pada 9 Mei 2014.

Min You yang mempunyai parut pada bibir dikatakan kali terakhir dilihat di tepi jalan berdekatan tandas Shell di Kampung Air, Karamunsing, Sabah.

Turut tersenarai ialah C Nisha yang berusia dua tahun ketika dilaporkan hilang pada 4 Jun 2010.

Lokasi terakhir Nisha dikesan sebelum dilaporkan hilang adalah Jalan Bendera 20, Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang. Kanak-kanak itu yang mempunyai tanda lahir pada pipi dilaporkan hilang di Kota Tinggi, Johor.

image is not available

Sakit, entah masih hidup atau tidak

Meninjau di ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen turut terkedu dan sakit ketika membaca informasi tersebut.

Mereka juga risau akan keselamatan mereka sama ada masih bernyawa atau sebaliknya kerana sudah lama tidak ditemui.

image is not available

Bayangkan kalau anak sendiri..

image is not available

image is not availableimage is not available

Orang ramai boleh memeriksa portal rasmi Kanak-Kanak Hilang dan menyalurkan maklumat mengenai mangsa hilang di dalam portal tersebut atau balai polis berhampiran.

image is not available

Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga kanak-kanak terlibat, lebih-lebih lagi terpaksa menanggung rindu yang sudah lama dipendam.