Pelakon Fify Azmi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pendedahan di Thread. Menerusi hantaran tersebut, Fify dilihat meluahkan rasa kecewa tentang pengkhianatan yang didakwa berlaku dalam hidupnya.
Fify turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan kekasihnya dengan seorang wanita lain.
Kekasih ajak wanita datang, mandi di rumah
Dalam hantaran tersebut, Fify berkata, dia tidak pernah menyangka perlu berkongsi perkara sebegitu kepada umum.
Namun katanya, jika perkongsian itu mampu membantu walau seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri sendiri, ia berbaloi untuk dilakukan.



Perkongsian itu kemudian disertakan dengan beberapa tangkap layar perbualan yang memperlihatkan mesej antara dua individu, termasuk perbualan mengenai wanita yang mahu datang ke rumah dan bersarapan bersama.





Walaupun identiti wanita di dalam mesej tidak didedahkan, netizen mendakwa wanita tersebut adalah Sarah Yasmine berdasarkan gambar profil Instagram.
Malah, netizen turut memetik nama pelakon popular Nizam Zaidi yang pernah menjalinkan hubungan dengan Fify.


Namun, setakat ini tiada sebarang respon diberikan Nizam atau Sarah Yasmine sendiri mengenai dakwaan ini.
Pssttt! Apa pun, jika benar ada hati yang dikhianati, semoga Fify terus kuat dan diberi ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dalam hubungan, kepercayaan bukan perkara kecil kerana sekali ia retak, bukan mudah untuk kembali seperti biasa.
Kredit: Thread Fify Azmi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.




