Pelakon Fify Azmi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pendedahan di Thread. Menerusi hantaran tersebut, Fify dilihat meluahkan rasa kecewa tentang pengkhianatan yang didakwa berlaku dalam hidupnya.
Fify turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan kekasihnya dengan seorang wanita lain.
Netizen terkejut nama Sarah Yasmine disebut lagi
Walaupun identiti wanita di dalam mesej tidak didedahkan, netizen mendakwa wanita tersebut adalah Sarah Yasmine berdasarkan gambar profil Instagram.

Malah, ada netizen yang secara terbuka mempersoalkan perkara itu selepas membaca perkongsian Fify.
Tidak kurang juga, ada netizen yang meninggalkan komen pedas dan mengaitkan nama Sarah Yasmine dengan kontroversi terdahulu.
Memang hamak dengan artis ke Sarah Yasmine ni hahahahaha dok mengata Bella sangat kan tak puas hati orang tu dah bahagia, sekali nahhhh aib dia dah keluar.
Fify Azmi kongsi luahan tentang pengkhianatan
Dalam hantaran tersebut, Fify berkata, dia tidak pernah menyangka perlu berkongsi perkara sebegitu kepada umum.
Namun katanya, jika perkongsian itu mampu membantu walau seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri sendiri, ia berbaloi untuk dilakukan.
Perkongsian itu kemudian disertakan dengan beberapa tangkap layar perbualan yang memperlihatkan mesej antara dua individu, termasuk perbualan mengenai seseorang yang mahu datang ke rumah, mandi dan bersarapan bersama.





Selain itu, terdapat juga mesej yang menunjukkan wanita terbabit bertanya apa yang perlu dibawa sebelum dibalas supaya hanya membawa diri sahaja.
Dalam perbualan lain, mesej tersebut turut menyentuh soal keselesaan, keadaan bilik dan kebimbangan mengenai bau lelaki.
Dalam hantaran susulan, Fify memaklumkan bahawa dirinya kini sudah meneruskan kehidupan dan memilih ketenangan berbanding terus memaksa kesetiaan daripada orang yang salah.
Pssttt! Apa pun, jika benar ada hati yang dikhianati, semoga Fify terus kuat dan diberi ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dalam hubungan, kepercayaan bukan perkara kecil kerana sekali ia retak, bukan mudah untuk kembali seperti biasa.
Kredit: Thread Fify Azmi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.



