Netizen Terpegun Lihat Makcik ‘Cleaner’ Sembang Dalam Bahasa Jepun Di Masjid Negara

Entertainment
19 Aug 2022 • 7:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mempelajari bahasa yang baru boleh memberikan banyak kebaikan kepada seseorang individu kerana mampu meningkatkan kemahiran diri untuk digunakan pada masa depan misalnya mudah menceburi pasaran kerja dan sebagainya.

Paling best bila kita dapat bergaul dengan mudah oleh masyarakat tertentu yang menggunakan bahasa yang kita sedang pelajari.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita berumur yang kelihatan fasih bercakap bahasa asing di sebuah masjid di ibukota Kuala Lumpur.

Makcik ‘cleaner’ sembang dalam bahasa jepun

Video berdurasi 47 saat yang telah tular di media sosial memaparkan seorang makcik yang sangat fasih dalam berbahasa jepun di Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Makcik yang memegang mop tersebut merupakan pekerja pembersihan di masjid itu dan dilihat sedang bersembang bersama delegasi Jepun.

Melalui video tersebut, ia boleh dijadikan contoh kepada semua rakyat Malaysia dan membuka mata masyarakat bahawa pekerjaan yang biasa juga mampu meningkatkan kemahiran dalam pembangunan diri.

Netizen kagum, ada yang bagitahu rupanya makcik tu adalah bekas pensyarah!

Video tersebut meraih reaksi positif daripada netizen dan rata-rata daripada mereka kagum melihat gaya makcik itu bersahaja dalam berkomunikasi dalam bahasa jepun.

Namun lebih menarik lagi ada netizen yang cakap rupanya makcik itu adalah bekas pensyarah yang sudah bersara dan meluangkan masa lapangnya untuk bekerja sebagai pembantu pembersihan.

image is not available

image is not available

image is not available

Wah seronok tengok makcik ni bicara dalam bahasa Jepun! Min nak belajar jugalah bahasa baru….nak belajar bahasa korea hehehe!

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article