Netizen Terpukau! Song Jihyo Terus Aktif Promosi Koleksi Lingerie Miliknya

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 5:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular Korea, Song Ji-hyo sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil mempromosikan jenama pakaian dalam miliknya, nina.ssong, di laman Instagram rasmi.

Dalam hantaran terbaharu, bintang ‘Running Man’ itu berkongsi beberapa gambar koleksi terkini dengan gaya elegan dan penuh keyakinan, sekaligus menunjukkan sisi berani dirinya sebagai usahawan fesyen.

Langkah Ji-hyo memperkenalkan koleksi pakaian dalam mendapat sambutan hangat daripada peminat yang memuji keberaniannya serta sokongan terhadap produk tempatan hasil kreativitinya sendiri. Ramai yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan semangat agar jenama tersebut terus berkembang.

Dengan reputasinya sebagai artis serba boleh, Song Ji-hyo membuktikan dia bukan sahaja berjaya dalam dunia hiburan, malah turut melakar nama dalam industri perniagaan fesyen.

image is not available 2025-09-22 14:57:55

Berjaya Jawab Kuiz Dengan Mudah! Pelancong Malaysia Dalam Episod Terbaru 'Running Man' Tular