
Baru-baru ini, produk tenusu tempatan yang dikenali ramai iaitu Farm Fresh telah mencuri perhatian ramai selepas mereka mengeluarkan produk terbaru iaitu mentega.
Mentega Farm Fresh jadi perhatian
Dapat dilihat menerusi satu hantaran di Instagram, produk mentega tersebut hadir dengan dua pilihan iaitu bergaram (salted) dan tidak bergaram (unsalted).
Mentega tersebut mempunyai 80 peratus lemak susu dan mempunyai berat 200 gram untuk setiap mentega.
View this post on Instagram
A post shared by BAHAN (Bakery Ingredients & Gifts) (@bahan.bythemks)
Yang lebih penting, Farm Fresh turut memastikan produk terbaru mereka itu mempunyai cop Halal Jakim dan ianya dijual dengan harga RM10.90.
Pembeli puas hati, harga berpatutan
Tinjau di media sosial mengatakan pembeli kebanyakannya berpuas hati dan menyatakan mentega Fram Fresh ini mempunyai standard yang sama seperti jenama yang sudah lama berada di dalam pasaran.
Malah, ramai juga memuji kerana mentega berkenaan dijual dengan harga yang berpatutan.
Peminat Durian Mari Merapat! Ini Lokasi Terbaik Untuk Beli Durian Yang Bajet Dan 'Fresh' Di Pulau Pinang (Bhgn 1)
The post Netizen Teruja Harga Murah, ‘Butter’ Farm Fresh Dikatakan Setaraf Produk Antarabangsa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



