Netizen Teruja Pizza Hut Bakal Buka Satu Lagi Cawangan Di Bandar Baru Samariang

21 Jul 2022 • 6:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Sebelum ke Santubong, boleh singgah Pizza Hut duluimage is not available

Netizen Teruja Pizza Hut Bakal Buka Cawangan Baru Di Bandar Baru Samariang. Merupakan rangkaian restoran dari Amerika dan francais antarabangsa, Pizza Hut ditubuhkan pada tahun 1958 di Wichita, Kansas oleh Dan&Frank Carney.

Pizza Hut merupakan sebuah restorang yang terkenal dengan menu masakan Itali Amerika, seperti pizza dan pasta serta banyak lagi hidangan menarik lain.

image is not available
Netizen Teruja Pizza Hut Bakal Buka Satu Lagi Cawangan Di Bandar Baru Samariang

Salah satu francais antarabangsa terawal dibuka di Bumi Kenyalang

Pizza Hut juga merupakan salah satu francais antarabangsa terawal dibuka di Bumi Kenyalang dan ia juga adalah antara comfort restaurant bagi sesetengah penduduk tempatan.

Sebelum adanya pelbagai restoran dan tempat makan hipster di Sarawak, Pizza Hut ini antara restoran menyajikan makanan barat yang lazat dan menjadi pilhan penduduk tempatan terutamanya pada hujung bulan.

image is not available
Netizen di ruangan komen teruja dengan pembukaan cawangan baru Pizza Hut ini

Netizen berasa teruja

Sudah ada beberapa cawangan di Kuching, ini merupakan cawangan baru buat Pizza Hut bertempat di Bandar Baru Samariang. Melalui sebuah perkongsian di Facebook, netizen berasa teruja dengan pembukaan sebuah lagi cawangan Pizza Hut ini.

Mendapat sebanyak 445 perkongsian (setakat artikel ini ditulis) daripada netizen, cawangan baharu restoran ini juga merupakan lokasi yang baik kerana ia dekat dengan port pelancongan popular di Kuching, Sarawak iaitu Santubong.

Jadi lepas ni, boleh lah singgah beli pizza dahulu sebelum piknik di pantai sambil menikmati pemandangan indah gunung Santubong!

Lagi di sini port makan legend buat anda: