Netizen Teruja Tengok Naim Daniel Jumpa Adam Shahz, Dua-dua Pernah Pegang Watak ‘Ayam’

Entertainment
28 Mar 2023 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Drama siri Projek: High Council (PHC) mendapat perhatian ramai dan menjadi fenomena, drama siri yang mengisahkan sisi gelap pertubuhan pelajar dalam sekolah berasrama. Ia diterajui oleh pelakon muda berbakat besar seperti Amir Ahnaf, Amierul Aiman, Nashir Nasar serta Naim Daniel.

image is not available

Pun begitu, sebelum adanya PHC, sebuah lagi drama bersiri dengan genre yang hampir sama iaitu Juvana pernah menggegarkan Malaysia. Drama siri ini pula mengisahkan kehidupan pelajar lelaki yang berada di dalam sekolah juvana, siri ini menampilkan pelakon seperti Zahiril Adzim, Johan Asari serta Adam Shahz.

Apa yang menariknya, kedua-dua drama siri ini menampilkan watak ‘Ayam’ dan kedua-duanya merupakan cornerman (watak sokongan) kepada watak utama.

Bagi siri PHC, watak ‘Ayam’ dipegang oleh Naim Daniel. Karakternya lebih bijak dan agak lemah-lembut manakala dalam siri Juvana, watak ‘Ayam’ disandang oleh Adam Shahz dan karakternya lebih ganas dan pemarah.

Dalam perkongsian Adam Shahz di laman TikTok miliknya, kedua-dua ‘Ayam’ ini akhirnya bertemu dan sudah pastinya ia membuatkan netizen teruja.

“Korang selalu mintak kan? Ni Juvana ni High Council,” katanya.

Walaupun video itu hanya berdurasi sembilan saat namun rata-rata netizen sudah cukup teruja sehinggakan ramai yang berhajat agar kesemua pelakon-pelakon drama tersebut bertemu.

image is not available

Lejen lah dua-dua ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.