Netizen ungkit Sharnaaz pernah berlakon watak lembut -“Dia boleh, orang lain tak boleh”

EntertainmentPolitics
19 Feb 2025 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
ungkit Sharnaaz pernah berlakon

Selepas meluahkan kekesalan terhadap lelaki berpakaian wanita, netizen telah ungkit Sharnaaz pernah berlakon watak lembut juga dalam satu drama di kaca televisyen dan menyelar tindakan pelakon itu dalam mengeluarkan kenyataan.

Menerusi ciapan tular di platform X, mereka menyatakan pelakon tersebut boleh sahaja berlakon menjadi lelaki lembut sedangkan orang lain tidak boleh.

image is not available

Ungkit Sharnaaz pernah berlakon watak lelaki lembut

Pengguna X berkenaan turut menyelitkan poster drama lakonan Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39 dalam drama berjudul Suamiku Encik Sotong.

“Dia boleh, orang lain tak boleh,” tulisnya ringkas.

Ungkit Sharnaaz pernah berlakon watak macam tu, minta segera bertaubat juga

Dalam pada itu, ada juga netizen lain yang ungkit Sharnaaz pernah berlakon watak lembut dan memintanya supaya bertaubat kerana mempopularkan watak lelaki lembut dalam masyarakat.

“Kau tu ambil kerja watak pondan mat. Kita harap hang bertaubat lah demi bangsa dan agama.

“Jangan popularkan budaya pondan dengan maknyah ni. Kita ni orang Melayu, orang Islam. Jaga lah sikit sensitiviti kaum di Malaysia,” tulisnya.

image is not available

Tapi lembut dengan pondan berbeza ye

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan tuduhan sesetengah netizen terhadap Sharnaaz kerana merasakan watak yang dimainkan pelakon itu bukanlah menyerupai seorang wanita.

Dalam drama bersiri tersebut, Sharnaaz melakonkan watak lembut yang masih lagi berpakaian seperti seorang lelaki serta bertindak sebagai lelaki normal pada umumnya.

image is not available

Bagus apa Sharnaaz beri teguran tu

image is not available

Watak dia lembut, bukan pondan

image is not available

Terdahulu, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah memberi teguran terhadap sesetengah lelaki yang berpenampilan wanita sewaktu menghadiri sebuah acara pertandingan hiburan sehingga menjadi perdebatan di media sosial.

Mereka merasakan ‘golongan terbabit’ seperti semakin terbuka menunjukkan diri apabila tanpa rasa malu tampil bangga di red carpet acara tersebut dengan pakaian yang jelas bertentangan dengan jantina mereka.