Netizen usik lelaki ‘show off’ hasil pancing – “Confirm balik ikut jalan jauh”

20 May 2024 • 1:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
'show off' hasil pancing

Tindakan seorang lelaki yang meletakkan hasil pancing di bahagian belakang tempat duduk motosikal telah berjaya tarik perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan lelaki terbabit telah disapa oleh pengguna jalan raya lain sambil tersenyum lebar ketika berhenti di lampu isyarat.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki yang menunggang sebuah motosikal Modenas Kriss selamba membawa hasil pancing dipercayai ikan Baung ekor merah bersaiz gergasi.

‘show off’ hasil pancing

Sehingga kini, video tersebut telah raih lebih 1.5 juta tontonan dan mendapat lebih 169,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

‘show off’ hasil pancing

image is not available

Netizen pun pandai mengusik!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik lelaki terbabit dengan pencapaiannya menangkap seekor ikan bersaiz besar yang sudah menjadi impian setiap pemancing.

image is not available image is not available image is not available

Ada juga kongsi pengalaman

Bukan itu sahaja, ramai yang turut bergembira dan memahami perasaan lelaki terbabit malah ada juga individu yang berkongsi pengalaman apabila mendapat hasil memancing ‘lumayan’.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @pengedar_bungkusan