Netizen Yakin Pembukaan SUKMA Sarawak Lebih Memukau Dari Olimpik Tahun Ini

13 Aug 2024 • 7:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Daripada rekod 2016, netizen yakin sarawak mampu buat pembukaan sukma lebih baik dari olimpik tahun ini

Netizen Yakin Pembukaan SUKMA Sarawak Lebih Memukau Dari Olimpik Tahun Ini. Walaupun sudah berlalu beberapa tahun, pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dianjurkan di Sarawak pada tahun 2016 masih meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan ramai netizen Malaysia.

Baru-baru ini, satu hantaran tular di laman TikTok mengenai acara pembukaan tersebut muncul kembali di media sosial.

image is not available
Netizen Yakin Pembukaan SUKMA Sarawak Lebih Memukau Dari Olimpik Tahun Ini

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyuarakan keyakinan mereka bahawa Sarawak mampu menghasilkan persembahan pembukaan yang lebih menakjubkan berbanding Sukan Olimpik tahun ini.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut menyatakan bahawa persembahan pembukaan tersebut adalah opening Sarawak paling best pada tahun 2016.

Keyakinan netizen terhadap keupayaan Sarawak ini menunjukkan betapa tingginya standard yang telah ditetapkan oleh negeri tersebut dalam penganjuran acara sukan bertaraf nasional.

Untuk makluman, Seramai 9,927 atlet dari seluruh negara mengesahkan penyertaan pada temasya dwi-tahunan itu.

Sarawak menganjurkan Sukma buat kali ketiga selepas 1990 dan 2016. Sarawak muncul juara keseluruhan Sukma tiga kali berturut-turut pada edisi 1990, 1992 dan 1994.

Baca juga artikel yang berkaitan: