Sarah Chaari Cipta Sejarah, Wanita Muslim Eropah Pertama Menang Pingat Olimpik

12 Aug 2024 • 11:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet taekwondo Belgium, Sarah Shaari mencipta sejarah menjadi wanita Islam pertama dari Eropah yang memenangi pingat di Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Menerusi laporan Roya News, gadis berusia 19 tahun itu berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kategori bawah 67 kg wanita bagi acara tersebut.

image is not available

Foto: Instagram Sarah Chaari

Shaari menewaskan wakil dari Uzbekistan, Ozoda Sobirjonova dengan kutipan mata 2-1 yang berlangsung di Grand Plais strip.

Walaupun masih muda, dia telah mencapai beberapa kejayaan penting, termasuk memenangi Kejohanan Taekwondo Dunia dalam bahagian ringan pada 2022 pada usianya baru 17 tahun.

image is not available

Foto: Instagram Sarah Chaari

Pada 2023, Shaari meneruskan kejayaannya dengan memperoleh pingat emas di Sukan Eropah dalam kategori 62 kg dan memenangi Grand Prix Taekwondo.

Pencapaian itu sekali gus melayakkannya ke Sukan Olimpik Paris, di mana Shaari dapat mengukir namanya ke dalam sejarah sukan Eropah.

Di samping cemerlang dalam bidang sukan, Shaari juga menumpukan perhatian terhadap kerjaya akademik dalam bidang perubatan.

image is not available

Foto: Instagram Sarah Chaari

Dia berjaya mengimbangi pelajaran dan latihan sukan dengan mendedikasikan waktu malamnya untuk berlatih taekwando selepas menghadiri kelas pada siang hari.

Shaari juga dikatakan mula berlatih taekwando pada usia lima tahun dan dengan cepat menunjukkan bakat dalam sukan berkenaan.

Sumber: Roya News