Nevern raih tempat kedua di Thailand

31 Jul 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pemain boling Sabah, Nevern Nethaneel menduduki tempat kedua dalam Masters Terbuka Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Thailand MWA-Singha ke-47 yang berlangsung dari 16-29 Julai di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok, Thailand.

Pemain pilihan keempat yang beraksi cemerlang dalam pertandingan itu tewas 181-225 kepada pemain pilihan utama Muhd Jaris Goh dari Singapura pada perlawanan akhir.

Dia sebelum itu menewaskan pemain pilihan kelima dari Korea, Oh Byung Jun dan pilihan keenam, Chanathip Prempree dari Thailand 278-209-195 dalam Stepladder Lelaki pertama sebelum menyingkirkan pilihan kedua dari Korea, Hong Hae Sol dan rakan senegara Muhammad Syazirol Shamsuddin 200-184-193 untuk mara ke final.

Ia merupakan podium pertama Nevern di persada antarabangsa dan dia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Ini adalah podium pertama saya, sebelum ini saya hanya mendapat tempat keempat dalam mana-mana kejohanan terbuka yang saya bertanding.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MTBC (Kongres Tenpin Boling Malaysia), Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Sabah, dan Persatuan Tenpin Boling Sabah kerana menaja perjalanan saya.

“Tidak lupa juga kepada keluarga yang sentiasa memberi kata-kata semangat apabila saya terfikir untuk berhenti,” katanya.

Sementara itu, pertandingannya seterusnya ialah pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak di Kuching yang akan diadakan pada September

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.