“New chapter” – Andika Putera Bernikah Lagi, Tak Tayang Wajah Isteri

Entertainment
15 Jan 2025 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas bercerai dengan Ananda Natasha tahun lalu, pempengaruh Andika Putera selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Andika Putera atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera Bin Salleh berkongsi video hari bahagianya itu, namun wajah isteri barunya tidak didedahkan dalam video tersebut.

Dalam video itu Andika dan pasangan mengenakan busana tradisional serba putih selain turut kelihatan anaknya, Alisha Puteri dengan isteri terdahulu menghadiri majlis tersebut.

Meskipun Andika tidak berkongsi wajah isterinya itu, namun tular video dari jurusolek pengantin perempuan itu di TikTok, difahamkan isterinya itu juga merupakan seorang doktor.

Ruangan komen hantaran Instagram itu dihujani dengan doa serta ucapan buat pasangan mempelai itu.

image is not available

Sebagai info, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun dan dikurniakan seorang anak.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.