New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai PM

Politics
24 Jan 2023 • 5:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern (gambar) membuat penampilan di khalayak buat kali terakhir pada Selasa sebelum beliau berundur sebagai perdana menteri.

Beliau bersama penggantinya Chris Hipkins dan Ahli Parlimen yang lain menghadiri mesyuarat di Ratana di sebuah pulau di utara negara itu.

“Saya ingin anda semua tahu apa yang menjadi pengalaman paling berharga buat saya sepanjang menjalankan tugas untuk negara dan rakyat adalah kasih sayang, empati dan kebaikan.

“Itulah nilai yang telah ditunjukkan oleh majoriti rakyat di New Zealand kepada saya dan saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand dan penduduknya berbanding ketika saya bermula...

“Terima kasih yang tulus daripada hati saya atas semua keistimewaan sepanjang hidup saya ini,“ katanya dalam ucapan pada pertemuan itu, lapor Agensi Anadolu.

Pada minggu lalu Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya dan tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang.

Penggantinya Hipkins dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Rabu, menurut media kerajaan.

Bagaimanapun, Ardern akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga April bagi mengelak pilihan raya kecil, memandangkan pilihan raya umum dijadualkan pada 14 Oktober 2023. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved