PM pulang ke Cheruk Tok Kun

Politics
23 Jan 2023 • 8:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar bersalaman dengan jemaah ketika hadir untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Cheruk Tok Kun malam ini. - Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini pulang ke kampung halaman beliau di Cheruk Tok Kun di sini buat pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepulangan beliau yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah.

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz.

Perdana Menteri dijadual menghadiri Kenduri Rakyat yang diadakan di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun malam ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lepas. - Bernama