“Next Level Ni!” – Kolaborasi Sofyank & Paul Rudd Buat Rakyat Malaysia Berbangga [Video]

Entertainment
22 Feb 2023 • 6:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Penantian hampir dua minggu peminat untuk menyaksikan video kolaborasi influencer dan Artis VFX Malaysia, Sofyank bersama hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Paul Rudd akhirnya berakhir apabila dia memuat naik video tersebut di akaun Twitter miliknya pada Rabu (22 Feb) petang.

“Satu penghormatan untuk melakukan penggambaran dengan lelaki paling seksi di dunia, Paul Rudd!” ciap Sofyank.

Mengakui ada terdapat kesalahan sebutan di dalam video tersebut, Sofyank bagaimanapun berharap video pendek yang dihasilkannya bersama hero Ant Man itu akan menghiburkan semua pihak.

“Dalam video ni banyak sebutan saya yang salah. Lagi-lagi nama Paul. Sebelum shoot dah praktis pun still terlepas sebut juga. InsyaAllah saya akan cuba improve English saya.

“Semoga anda semua menikmati video dari kami ini,” kata Sofyank atau nama betulnya Muhammad Sofian bin Abdullah.

Perkongsian video itu yang turut dimuat naik di Instagram ternyata menarik perhatian pengguna media sosial yang kagum dan berbangga dengan kualiti video dan VFX yang dihasilkan anak muda ini.

Malah ramai netizen termasuk selebriti dan penggiat seni menyifatkan Sofyank sudah berada di tahap yang berbeza.

Next level ni – InTeam

image is not available

“Terlalu banyak perincian dalam video ni”

image is not available

“Power!” – Rak Yaakob

image is not available