“Semat woo!” – Netizen ‘Excited’ Tengok Sofyank ‘Teleport’ Paul Rudd Ke KLCC

Entertainment
22 Feb 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara content creator yang dipandang tinggi dan menjadi kebanggaan Malaysia ialah Sofyank, kehebatannya dalam suntingan kesan khas visual.

Kali ini beliau ‘beraksi’ lagi apabila dijemput untuk membuat content promosi untuk filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania bersama teraju utama filem tersebut iaitu Paul Rudd yang baru-baru ini dinobatkan sebagai lelaki paling seksi.

Menerusi media sosial miliknya Sofyank berkongsi hasil daripada penggambaran yang dilakukan awal bulan ini di Sydney, Australia.

Video berdurasi 2 minit itu memaparkan Sofyank telah berjaya mencipta sebuah mesin yang membolehkannya teleport untuk duduk di sebelah Paul Rudd yang memegang watak Ant-Man.

Plot twist, disebabkan mesin tersebut rosak, ia menyebabkan Paul Rudd pula teleport ke Kuala Lumpur, Malaysia.

“Weh cool sangat!”

Sudah pastinya video tersebut membuatkan ramai netizen bangga dan rata-rata memuji bakat serta skil Sofyank itu. Malah, lebih menghiburkan apabila Sofyank berjaya mengarah bintang Hollywood itu untuk menyebut ‘sematt woo!’.

image is not available

Sebelum ini, editor muda itu pernah berkongsi beliau bertemu dengan pelakon-pelakon filem Marvel itu ketika promosinya di Sydney, Australia.

Hebat lah Sofyank!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.