“Next review tempat lain juga” – Azizulhasni ‘Review’ Fasiliti Di Bangunan Pasukan Malaysia Di Paris

6 Aug 2024 • 1:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah 2 pingat gangsa yang diperoleh oleh kem negara di Sukan Olimpik Paris 2024, semua mata kini bertumpu kepada atlet berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni yang diletakkan sebagai harapan untuk membawa pulang pingat emas untuk negara.

Menerusi suatu perkongsian di Facebook, atlet yang mesra disapa dengan nama Jijoe itu turut menyatakan keterujaannya untuk ‘turun padang’ untuk acara berbasikal yang akan berlangsung esok dan merupakan penampilan kelima dan terakhir buatnya.

Pun begitu, sementara menanti acara berbasikal yang akan bermula esok (7/8), Jijoe ada memuatnaik beberapa perkongsian sepanjang beliau berada di Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024.

image is not available

Jika sebelum ini Azizul ada kongsikan tentang cara atlet mendapatkan air percuma daripada ‘mesin gedegang’ hanya menggunakan tag yang diberikan, kali ini Jijoe mendapat pujian ramai kerana telah ‘membawa’ peminatnya berjalan-jalan di perkampungan sukan berkenaan.

Terbaharu, Jijoe berkongsi kemudahan yang ada di bangunan yang dikhaskan untuk pasukan Malaysia dan salah satu daripadanya adalah bilik khas untuk tujuan rehabilitasi para atlet negara.

Menurut Azizul, bilik tersebut disediakan khas buat para atlet yang bertanding dan berfungsi sebagai tempat rehabilitiasi buat para atlet yang mempunyai kemudahan klinik, fisioterapi serta urutan sukan dan dilengkapi dengan seorang doktor, 3 orang fisio dan juga 2 orang sport therapist.

Memasuki ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Jijoe dapat merangkul pingat emas pertama negara dan tidak kurang juga yang meminta agar atlet berbasikal tersebut untuk ‘membawa’ mereka melawat ke tempat lain juga.

image is not available

Antara yang menjadi permintaan adalah pusat media, masjid, kawasan makan dan macam-macam lagi permintaan termasuklah untuk ‘review’ para atlet Malaysia yang ada di perkampungan sukan tersebut.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.