“Next: World Final In Italy”, Selepas Juara Di Qatar, Wan Harriz Mara Ke Pentas Dunia

10 Aug 2026 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Next: World Final In Italy”, Selepas Juara Di Qatar, Wan Harriz Mara Ke Pentas Dunia

“Next: World Final In Italy”, Selepas Juara Di Qatar, Wan Harriz Mara Ke Pentas Dunia

Bukan sekadar berjaya merealisasikan impian ke Qatar, kanak-kanak berusia 10 tahun, Wan Harriz Wan Abdul Qayyum, mencipta kejayaan apabila berjaya muncul juara Play-Off Qualifier Hippo English Without Borders.

Menerusi perkongsian ibunya, Nur Saliha, 34, di Threads, kejayaan itu sekali gus melayakkan Wan Harriz untuk berentap di pertandingan peringkat dunia yang bakal berlangsung di Itali.

"Ingat tak Wan Harriz yang korang support haritu? MashaAllah Harriz menang 1st Place Qualifier di Qatar. InshaAllah next: World Final in Italy," katanya.

Dalam pada itu, Nur Saliha turut berkongsi beberapa dugaan yang terpaksa dilalui Wan Harriz sebelum pertandingan berlangsung.

Menurutnya, perjalanan mereka ke Doha berdepan pelbagai cabaran termasuk Wan Harriz mengalami influenza, selain terpaksa menyesuaikan diri dengan jet lag dan kepenatan sehingga membuatkan dia menangis ketika berada di sana.

Baca juga:

"Macam-macam dugaan. Harriz influenza sampai kena reschedule flight, jet lag & exhaustion got so real sampai nangis dekat Doha. Mama saksi but you still push through.

"Sebagai ibu, setiap pencapaian anak sesuatu yang sangat bermakna. Thank you for the tremendous support everyone! This win is for everyone who believed in his dream," ujarnya.

Wan Harriz Berjaya Mara Ke Italy

Pada masa yang sama, Nur Suhaila turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga maya yang telah memberikan sokongan tidak kira dari segi kewangan, kata-kata mahupun doa.

"Saya sebagai ibu Harriz & seluruh ahli keluarga nak ucap ribuan terima kasih dekat semua for the doa, kind words, contributions dan support.

"Jalur Gemilang dapat berkibar megah di bumi Qatar. Thank you for being part of Harriz's journey and for believing in his dream. Kami hargai sangat-sangat, tak terbalas jasa semua," katanya.

Sebelum ini, Wan Harriz pernah mencuri perhatian selepas video yang memaparkan kebolehannya berbahasa Inggeris dengan fasih tular di Threads menerusi perkongsian ibunya, Nur Saliha.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Nur Saliha itu, Wan Harriz meminta bantuan orang ramai untuk merealisasikan impiannya untuk menyertai pertandingan itu.

Tidak disangka, perkongsian berkenaan mendapat sambutan luar biasa sehingga mereka berjaya mengumpul lebih 80 peratus daripada jumlah sumbangan yang diperlukan hasil bantuan orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved