NexV, GNEV Meterai MoU Untuk Pengeluaran Van Elektrik CKD, Bakal Muncul 2026!

LocalTechnology
17 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

NexV Manufacturing Sdn. Bhd. (NMSB) dan Global NEV Technology Sdn. Bhd. (GNEV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan tempatan (CKD) dan pembuatan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

Memorandum itu bertujuan untuk menggabungkan keupayaan pembuatan NexV dengan kepakaran GNEV dalam import dan pengedaran.

Kerja-kerja pembuatan ini dijangka bermula dari pertengahan bulan depan (Feb 2025) sementara menunggu Perjanjian Definitif.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMSB, Lim Kwee Shyan, menyifatkan kerjasama itu adalah langkah signifikan ke arah memajukan teknologi hijau di Malaysia.

“MoU itu melambangkan komitmen kami untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pemasangan dan pembuatan NEV di rantau ini.

Difahamkan, jika Perjanjian Definitif diteruskan seperti yang dirancang, kenderaan komersial pertama, van elektrik jenama GNEV dilancarkan dari kilang NexV di Chembong, Negeri Sembilan, seawal suku pertama 2026.

Ia dijangka memenuhi permintaan kenderaan elektrik komersial yang semakin meningkat di rantau ASEAN.

image is not available

Dalam perkembangan sama, Pengarah Eksekutif GNEV, Andrew Thu Pong Fan, turut menyuarakan keyakinannya terhadap perkongsian itu.

Beliau mengakui ia bakal berpotensi menyumbang kepada visi Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi mampan.

Terdahulu, media automotif ada melaporkan bahawa NMSB sedang membina kilang pembuatan teknologi hijau pertama Malaysia di Chembong, Negeri Sembilan.

image is not available

Kemudahan itu, yang pada mulanya bertujuan untuk memulakan operasi pada suku pertama tahun 2025 dengan pemasangan CKD Neta V namun perancangan itu berubah memandangkan ia bakal memulakan operasi selewat-lewatnya pada suku kedua tahun ini.

Kilang pembuatan NEV di Chembong itu dijangka mampu menampung kapasiti pengeluaran tahunan yang dijangkakan sebanyak 30,000 kenderaan selain memberi impak besar kepada ekonomi dengan peluang pekerjaan yang signifikan untuk penduduk tempatan.