Neymar sah tinggalkan Brazil

FootballSports
31 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Neymar sah tinggalkan Brazil

SANTOS – Penyerang veteran Brazil, Neymar mengesahkan dia tidak akan lagi menyarung jersi negara itu selepas ini apabila membuat pengumuman secara rasmi untuk meninggalkan pentas antarabangsa.

Selepas mengharungi kempen mengecewakan pada Piala Dunia 2026 baru-baru ini, pemain Santos itu merasakan sudah tiba masanya untuk meneruskan niatnya bersara sebagai pemain kebangsaan dan memberikan tumpuan kepada sisa kariernya.

Neymar berkata, dia sudah berpuas hati dapat menyumbang bakti buat pasukan negaranya dan mengakui, ‘api’ dalam dirinya sudah semakin malap, sekali gus enggan meneruskan karier di pentas antabangsa.

“Saya ingin jelaskan kepada anda semua, masa saya bersama pasukan kebangsaan sudah pun berakhir. Saya sudah pun melakar sejarah bersama Brazil, jadi saya mengundurkan diri dengan cara terhormat.

“Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan negara, termasuk hidup saya. Saya sentiasa berjuang untuk jersi kuning ini tetapi sekarang sudah sampai tahap saya tidak mahu melakukannya lagi,” katanya.

Walaupun penampilan terakhir bersama Brazil di Piala Dunia 2026 tidak seperti diharapkan, namun ia tidak menafikan fakta bahawa Neymar merupakan antara pemain terbaik dalam sejarah Selecao apabila memegang status penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Pada masa sama, dia juga merupakan pemain Brazil kedua yang berjaya menjaringkan gol dalam empat kempen Piala Dunia (2014, 2018, 2022, 2026), mengikut jejak langkah ikon bola sepak dunia, Pele. – AGENSI

The post Neymar sah tinggalkan Brazil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved