Ngeri! Anak Bonda Rozita luka gara-gara tersilap hidupkan suis 'blender'. 'Salah satu saraf putus…'

Family & ParentingLifestyle
27 May 2025 • 9:15 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MALANG

tak berbau. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap kejadian yang menimpa anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim.



Baru-baru ini, Bonda ada berkongsi insiden membabitkan anak bongsunya, Maryam Nur Amani yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan selepas terkena pisau mesin kisar.



Dalam perkongsian Bonda pada Ahad, kejadian itu berlaku apabila Maryam secara tidak sengaja menghidupkan mesin tersebut ketika sedang cuba memasang pisau di dalamnya.



"Dia nak buat protein shake, ter‘on’ blender masa nak pasang blade.



"Bonda susah nak bayangkan bagaimana boleh terkena blender," tulis beliau di ruangan kapsyen

.



image is not available



Kemalangan yang berlaku menyebabkan Maryam terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Malah, Bonda turut menyatakan bahawa salah satu saraf anaknya yang terputus terpaksa disambung semula akibat luka yang dialami.



“Semoga cepat sembuh luka akibat blender. Adik ohh adik. Tak pernah dibuat dek orang, luka sebab blender.



"Ni sebab pandai sangat memasak, petang kena masuk hospital. Budak bertuah ni, lengan luka kena jahit. Kata doktor, salah satu saraf putus dan perlu disambung,” tambah beliau.



Perkongsian berupa gambar itu turut memperlihatkan bahagian luka yang dialami Maryam sehingga menimbulkan rasa ‘ngeri’ dalam kalangan warganet yang melihat keadaannya.



Tidak kurang juga ramai yang menitipkan doa agar Maryam diberikan kesembuhan dengan segera.

“Allahuakbar adik Maryam.”

“Allahu, besarnya luka kat pergelangan tangan tu. Pakai blender apa dik cantik?”

“Tak sanggup nak tengok. Ngeri sungguh. Moga cepat sembuh.”

“Adoi, seriau tengok luka tu. Cepat sembuh bongsu.”

“Semoga cepat sembuh adik.”