NGO orang asal sokong penuh Tabung Amanah Khas

12 Aug 2023 • 2:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Beberapa pertubuhan anak negeri Sabah menyokong penuh inisiatif Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Tabung Amanah Khas seperti yang diumum di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, awal minggu ini.

Persatuan Pengamal Adat Sabah (Sunduan Nabalu) menyokong tabung amanah itu bagi membantu pembangunan terutamanya yang membabitkan kemajuan orang asal di negeri ini.

Presidennya Shalmon Sanangan berkata, peruntukan yang tidak sempat dibelanjakan pada akhir tahun boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti pembangunan terutama yang membabitkan pembasmian kemiskinan.