NGO: Sabah Electricity perlu anggotai Majlis Tenaga Sabah

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 2:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), David Chan menyarankan Sabah Electricity (SE) dilantik sebagai anggota tetap Majlis Tenaga Sabah (MTS).

Menurutnya, langkah itu penting untuk memastikan hal ehwal tenaga termasuk bekalan elektrik dapat ditangani dengan lebih berkesan selaras dengan keperluan dan realiti operasi ekosistem tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai entiti yang bertanggungjawab atas penjanaan, penghantaran, dan pembekalan elektrik, Sabah Electricity mempunyai pemahaman mendalam tentang cabaran dan keperluan sistem grid.

“Sebagai contoh, krisis berkaitan keperluan bebas asas (baseload), rizab margin, dan Saidi (Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem) memerlukan kepakaran teknikal Sabah Electricity untuk mencari penyelesaian yang berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more David berkata, ketiadaan suara tetap Sabah Electricity dalam MTS menimbulkan risiko keputusan yang tidak berpaksikan data dan pengalaman operasi sebenar.

“Sebagai makluman, Sabah Electricity juga mempunyai entiti bebas dari segi operasi seperti Grid System Operator (GSO) dan Single Buyer (SB). Fungsi-fungsi ini memastikan integriti dan keberkesanan sistem grid.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bagaimanapun, Sabah Electricity tidak diletakkan sebagai anggota tetap MTS kerana disifatkan boleh menimbulkan konflik kepentingan, memandangkan syarikat ini satu-satunya syarikat utiliti pembekal tenaga elektrik di Sabah,” katanya.

Beliau tidak setuju dengan perkara itu, menekankan Sabah Electricity adalah antara tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendapat pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu pensijilan yang memerlukan penilaian yang ketat dan berintegriti.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada masa yang sama, sebagai sebuah syarikat GLC, syarikat utiliti ini juga secara langsung dimiliki dan menyumbang secara langsung kepada hasil kerajaan Sabah.

“Justeru, keanggotaan Sabah Electricity dalam MTS bukan sekadar keperluan teknikal, tetapi keperluan strategik,” katanya.

Katanya, ia juga seiring dengan peranan MTS dalam menentukan dasar kritikal, termasuk tarif elektrik, pengagihan gas, dan strategi penjanaan kuasa.

“Ketika bekalan elektrik di Sabah masih lagi berada di bawah kawal selia Kerajaan Persekutuan, syarikat ini juga dimasukkan sebagai anggota tetap bagi Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET).

“Selain Sabah Electricity, JPPPET turut dianggotai Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bagi saya, fungsi MTS juga berkait rapat dengan fungsi JPPPET. Persoalan saya, kenapa pula Sabah Electricity tidak dimasukkan sebagai anggota tetap?”

Beliau menyeru Kerajaan Sabah mempertimbang dan memasukkan Sabah Electricity sebagai angota tetap dalam MTS untuk memastikan segala keputusan berkaitan dasar dan perancangan benar-benar menyeluruh dan berkesan dalam menangani hal ehwal tenaga, khususnya bekalan tenaga di Sabah.