“Ni banjir coway ke?” – [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Air Banjir Rumah Ini Jernih

Entertainment
20 Dec 2022 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dari semalam lagi, banyak berita melaporkan mengenai situasi banjir buruk yang menimpa rakyat di Terengganu dan Kelantan hingga ada yang terkandas di rumah masing-masing, tak kurang juga yang kehilangan harta benda.

Walau bagaimapun, satu video yang dikongsikan pengguna TikTok @cikraa_eyrazara telah menarik perhatian ramai apabila rumahnya dimasuki air jernih dan bukannya air banjir berwarna coklat yang seperti kita selalu lihat.

Menurut video itu, hujan dikatakan turun tidak berhenti selama 5 jam di kawasan rumahnya yang terletak di Kelantan.

Air juga dilihat naik dengan cepat sekali memenuhi ruangan rumah tersebut, namun apa yang peliknya, air banjir itu kelihatan sangat jernih dan tak nampak macam air banjir langsung! Luar biasa ni!

“Jernihnya air macam swimming pool”

Video yang tular itu mendapat pelbagai komen dari netizen yang mana rata-rata agak amaze dengan kejernihan air banjir tersebut.

Siap ada yang cakap, air banjir tersebut sudah ditapis ke sampai nampak jernih macam tu kan?

image is not available

Uish lain macam ni kan air banjir dia jadi jernih macam tu. Selalunya warna teh tarik.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.