
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mendedahkan lebih RM3 juta tunggakan sewa bulanan bagi dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan mereka yang masih belum dilangsaikan sehingga kini.
Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata jumlah tunggakan sewa di PPR Paroi bernilai RM1.38 juta, manakala di PPR Lobak sebanyak RM1.8 juta.
Memetik Sinar Harian, MBS sekaligus menanggung tunggakan sewa sebanyak RM780,921 di PPR Paroi ekoran seramai 121 penyewa yang gagal melakukan pembayaran.
Sewa Penghuni PPR Lobak Tertunggak Sehingga RM34,000
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menunjukkan pihak MBS (@mbseremban) melakukan operasi penguatkuasaan mencabut pintu di rumah para penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR), Lobak yang mempunyai tunggakan tinggi meskipun sudah diberi amaran.
Dalam video tersebut, pihak berkuasa memaklumkan bahawa mereka telah pun menghantar notis amaran dan surat agar penyewa mengambil tindakan bagi membayar hutang sewaan sebanyak RM34,000.
Namun sehingga 27 Februari 2025, penghuni masih gagal, cuai dan enggan bayar tunggakan sewaan. Oleh disebabkan itu, MBS menyerbu PPR bagi mengambil tindakan selanjutnya iaitu dengan membuka pintu.
Lebih parah lagi, pihak MBS mendapati individu yang berada di dalam rumah pada ketika itu bukan penyewa yang sebenar.
“Macam mana puan boleh berada dalam rumah ni? Puan merupakan penceroboh tahu tak?” tanya pihak berkuasa.
Penyewa Perlu Bayar RM150 Sebulan
Sementara itu, penguatkuasa turut menegaskan bahawa PPR berkenaan bukanlah rumah kebajikan. MBS berkata mereka hanya memperuntukkan penyewa untuk membayar RM150 sahaja pada setiap bulan.
Dalam video sama, kelihatan para petugas sedang menjalankan proses mencabut setiap pintu dan gril di dalam rumah termasuklah pintu tandas serta bilik tidur.
Operasi terbabit turut dijalankan di rumah-rumah lain di PPR Lobak berkenaan. Ada juga penghuni lain yang mempunyai tunggakan sewaan sebanyak RM21,350.
@mbseremban [PART 1] Operasi Tunggakan Sewa Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) pada 27 Februari 2025 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani #demipertiwi ♬ bunyi asal – Majlis Bandaraya Seremban
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bengang Dengan Sikap Penguni PPR Yang Tak Bertanggungjawab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan sikap individu yang culas membayar hutang.
“Puluhan ribu. Sebulan RM150. Setahun baru RM1,800. Berapa tahun duduk free ni? Sedap betul hidup korang,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga berkata penghuni yang tidak bertanggungjawab ini sepatutnya lebih bersyukur kerana diberi peluang untuk tinggal di kediaman yang murah berbanding lain.
“Korang dah dapat rumah PPR sewa murah tu pun susah nak bayar. Kami ni mohon PPR tak dapat-dapat. Sewa rumah mahal tau,” ujar seorang wanita.
Selain itu, ramai juga beranggapan bahawa rumah PPR terbabit lebih layak diberikan kepada penghuni lain yang lebih memerlukan.
“Batalkan je la (kontrak sewaan). Bagi yang betul layak. Tuan rumah kasi kompaun suruh naik mahkamah dan sita harta,” kata seorang pengguna TikTok.




MBS Tanggalkan Pintu Rumah Kerana Tunggakan Sewa Lebih RM15,000
Terdahulu, pihak MBS pernah mengambil tindakan yang sama terhadap penduduk PPR, Paroi yang culas membayar sewa rumah.
Jelas Datuk Bandar Seremban, tindakan terbabit dilakukan ke atas penyewa tersebut kerana dia mempunyai tunggakan sebanyak RM15,000 ke atas.

“MBS mengadakan Operasi Tunggakan Sewa di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi). Operasi ini turut dibantu anggota Balai Polis Paroi.
“Untuk makluman, operasi ini dilakukan secara berhemah tanpa membabitkan sebarang insiden dalam melakasanakan tindakan penguatkuasaan,” ujar beliau.
Kata beliau lagi, MBS juga akan sentiasa memberikan peluang selain turut mengutarakan banyak kaedah agar penyewa yang ada tunggakan boleh menjelaskan bayarannya.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Culas Bayar Sewa, Majlis Perbandaran Seremban Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang Didatangi Penguat Kuasa, Rupanya PBT Nak Tawar Skim Ansuran Sewa Rumah [Video]
Source:
