Ni Cara ‘Bersihkan’ E-mel Tak Penting Sepantas 30 Saat

Technology
29 Jan 2024 • 4:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ni Cara ‘Bersihkan’ E-mel Tak Penting Sepantas 30 Saat

Pada zaman serba moden ini, penggunaan e-mel dalam kehidupan seharian sememangnya memberikan kemudahan kepada pengguna. Ia merupakan salah satu daripada medium komunikasi yang terbaik pada hari ini.

Hampir setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu e-mel untuk memudahkan urusan terutamanya urusan rasmi, seperti berhubung dengan pelanggan perniagaan ataupun mencari pekerjaan.

E-mel boleh dihantar melalui komputer, telefon pintar atau tablet dan trdapat banyak pembekal e-mel percuma, salah satu yang popular ialah Gmail.

Kenapa Gmail popular? Gmail mempunyai penyimpanan yang besar iaitu 15GB untuk akaun percuma serta mempunyai pelbagai fungsi. Dalam pada itu, cara mendaftar Gmail juga tidak terlalu rumit.

Gmail juga telah digunakan secara meluas dalam bidang pekerjaan, permainan video bahkan untuk mendaftar mana-mana platform media sosial.

Tetapi bila terlalu banyak sangat e-mel spam atau e-mel yang tidak penting, mesti rasa rimas, kan? Jadi hari ini, min akan kongsikan bagaimana untuk membersihkan Gmail dalam masa 3o saat sahaja. Jom ikuti perkongsian di bawah.

Cara buang e-mel yang tidak penting

Mula-mula sekali, anda perlu pergi ke ikon ‘Tetapan’ pada bahagian kanan atas. Kemudian anda perlu klik “lihat semua tetapan” atau See All Settings dan pergi pada bahagian peti masuk.

Seterusnya, klik ‘Promosi’ dan klik ‘Simpan Perubahan’ di bawah sekali.

Selepas selesai, taip “in:promosi” atau “in:promotion” pada ruangan carian Gmail dan setelah selesai menanda e-mel, klik padam pada ikon tong sampah di atas untuk memadam semua e-mel.

Mudahkan? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.