“Ni ‘Confirm’ Menabung Dari Kecik” – Individu Beli Beg Jenama Louis Vuitton Harga RM44K Pakai ‘Cash’ Jadi Tumpuan Netizen

23 Oct 2023 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian di aplikasi X baru-baru ini telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen apabila satu akaun memuat naik gelagat beberapa individu dilihat berada dalam sebuah butik jenama mewah.

Dalam video itu, pelayan di butik berkenaan dilihat mengira duit RM50 berkepuk-kepuk dipercayai bernilai lebih kurang RM44,500.00

Difahamkan, seorang wanita bersama suaminya ada membeli beg tangan jenama mewah dengan harga sedemikian.

Video itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi berkenaan dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ada juga yang berprasangka tidak baik terhadap pasangan itu yang lebih ‘memilih’ untuk menggunakan wang tunai berbanding membayar barangan dalam bentuk pemindahan wang, kad debit atau credit.

image is not available

Sumber : X  

Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai citarasa golongan berada yang dilihat ‘pelik’ dan sering memilih barangan yang tidak cantik di mata awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

"Saya Tak Tahu, Kepala Otak Saya Macam Ni, Malu" - Suami Orang Ditangkap 'Skodeng' Tandas Wanita, Simpan 40 Video Di Telefon