“Dengan Maha Kaya pun nak show off” – Netizen Pelik Tengok Lelaki Solat Sambil Tayang Duit

Entertainment
3 Oct 2023 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bak kata orang, jika individu itu betul-betul kaya, tak perlu nak claim yang diri itu ada banyak duit berbanding mereka yang digelar ‘orang kaya baru’.

Dah hampir ke penghujung 2023, masih ada lagi segelintir golongan yang tayang duit berkepuk-kepuk di dalam rumah. Bagi menutup sikap takbur, individu tersebut kononnya buat-buat tak nampak atau pura-pura melakukan sesuatu di hadapan duit berkenaan.

Terkini, ada satu video tular di platform X memperlihatkan seorang individu sedang melakukan solat sambil terpapar longgokan duit di sebelah sejadah.

Menjengah ke ruangan komen, sudah semestinya ramai netizen merasa jelak melihat kelakuan lelaki tersebut, malah ada juga pelik dengan sikap lelaki itu yang ada sikap menunjuk-nunjuk ketika menghadap Sang Pencipta yang sudah semestinya Maha Kaya.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menegur lelaki ini yang seolah-olah mempermainkan ibadah solat.

image is not available image is not available image is not available

Sama-sama kita doakan dijauhkan daripada jadi begini andaikata dimurahkan rezeki dapat duit sebanyak ini.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.