“Ni Dato’, Datin Bolehlah Pergi” – Ramai Mengeluh Tengok Harga Tiket Konsert Rossa, Sampai Cecah RM5K!

Music
4 Sep 2022 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu ciapan di platform Twitter seorang pengguna mengeluh apabila mendapati harga tiket konsert penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa tidak seperti apa yang dibayangkan.

Harga tiket konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada November ini telah meraih perhatian warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa melihat bertapa mahal harga tiketnya.

image is not available

image is not available

Bukan hanya kecewa, mereka turut membandingkan harga tiket konsert Rossa dengan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Mariah Carey, dimana mereka merasakan jauh lebih murah dari yang ini.

Is that for real? I guess that’s seat for the dato’ and datin je.

Biarpun ramai yang merasakan harga tiket itu tidak masuk akal, ada yang beranggapan harga tiket RM5000 itu untuk diperuntukkan beberapa kerusi sahaja atas tujuan kebajikan, sama seperti konsert sebelum ini.

image is not available

Sekadar info, diva Indonesia ini bakal mengadakan konsert Rossa 25 Shining Years pada 22 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dan tiket dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM1288, RM1800, RM4000 dan RM5000.

image is not available 2 minggu lalu

"Ada Orang Beli Ke?" - Tiket Konsert Noraniza Idris Didakwa Terlampau Mahal, Netizen Kata Produser 'Over Confident'?