Seorang individu mendakwa berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki pesawat selepas pempengaruh, Aisar Khaled didakwa mengganggu keselesaannya sepanjang penerbangan.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa kaki pempengaruh itu memasuki ruang tempat duduknya sebaik sahaja pesawat berlepas, malah beberapa kali terkena pada kerusinya.

“Sejak pesawat mula berlepas, kaki dia naik ke tempat duduk saya.Kaki dia asyik terkena tempat duduk saya (mungkin sebab kaki dia panjang), tapi dah tahu tinggi, sekurang-kurangnya naiklah kelas perniagaan.”
Menurut individu tersebut, dia sudah menegur perbuatan berkenaan, namun dakwanya teguran itu tidak diendahkan dan perkara sama masih berulang sepanjang penerbangan.
“Dah ditegur pun masih buat perkara yang sama. Akhirnya masa pesawat mendarat, saya ambil gambar dan baru tahu rupanya dia.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengkritik tindakan tersebut dan menyifatkan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.
Dalam masa sama, mereka mengingatkan semua penumpang agar sentiasa menjaga adab serta menghormati ruang dan keselesaan orang lain ketika berada di dalam pesawat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Macam Tak Ada Maruah, Otak Kat Jubo" - View Chin Dan Isteri Dikecam, Didakwa Buat Konten 'Double Meaning'
The post “Ni Influencer Pujaan Korang” – Individu Dakwa Aisar Khaled Ganggu Penumpang Dalam Pesawat, Ditegur Tapi Tak Endah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




