Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled mengakui kesilapannya dan tampil memohon maaf atas kelakuan tidak beretika ketika dalam penerbangan pulang dari Indonesia ke Malaysia.
Sebelum ini, seorang penumpang Indonesia dikenali sebagai Dilah mendakwa Aisar telah meletakkan kakinya bersebelahan tempat duduknya di bahagian tingkap penerbangan sejak berlepas (take off).
Burnout Semasa Dalam Pesawat, Tidak Akan Lagi Ulang Kesilapan Sama – Aisar
Jelas Aisar, dia pada ketika itu mengalami keletihan melampau (burnout) dan terus tertidur sebaik sahaja pesawat berlepas.
“Minta maaf atas kelakuan tidak beretika yang saya buat dalam penerbangan ke Malaysia. Saya betul-betul letih melampau dan terus crashed out (tertidur) semasa pesawat berlepas.
“Saya tidak akan buat lagi perkara sama pada masa akan datang. Minta maaf atas sebarang kesulitan,” katanya membalas hantaran Dilah di laman Threads.
View on Threads
Tular Foto Kaki Diangkat Dan Diletak Pada Kerusi Penumpang Penerbangan
Menerusi foto tular dikongsi Dilah sebelum ini, kelihatan sebelah kaki Aisar berada berhampiran lengan kiri wanita berkenaan.
Dalam satu lagi hantaran gambar berbeza, Dilah turut mendedahkan wajah Aisar yang duduk di belakangnya.
Aisar Tetap Tendang Kerusi Walaupun Dah Ditegur – Penumpang Indonesia
Malah dia juga mendakwa bahawa Aisar tetap menendang kerusinya meskipun sudah ditegur.
“Influencer paling teruk saya pernah jumpa. Sejak berlepas kakinya (Aisar) naik ke kerusi saya. Kaki ditendang-tendang ke kerusi saya. Mungkin sebab dia tinggi. Tapi kalau dah tahu tinggi ambil la tempah la (penerbangan) business class.
“Dah ditegur tetap macam tu juga. Akhirnya lepas mendarat, saya ambil gambar dia” katanya.
View on Threads
Ramai Netizen Luah Rasa Berang Lihat Aisar Angkat Kaki & Letak Pada Kerusi Penumpang Lain
Perkongsian tersebut telah membuat orang ramai berasa berang dengan sikap yang dikatakan biadab.
Bahkan ada yang berpendapat bahawa Aisar perlu menjaga kelakuannya memandangkan ramai warga Indonesia yang menyokong kontennya selama ini.


Baca Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dedah Pernah Tawar Bantuan Rumah Kepada Pemuda Berhutang RM1 Juta, Tapi Ditolak [Video]


