“Ni kalau tak pasal ada affair, mungkin pemalu” – Coldplay Tak Sengaja Kantoikan CEO & HR Ada Skandal Sampai Tular

Entertainment
18 Jul 2025 • 10:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Detik yang sepatutnya menjadi memori indah sebagai penonton di konsert idola atau penyanyi kesayangan menjadi satu memori gelap buat seorang Ketua Pegawai Eksekutif bersama kekasih gelapnya yang juga rakan sepejabat ini.

Tular di media sosial satu insiden yang menjadi buah mulut netizen seluruh dunia apabila ‘rakan sepejabat’ ini kantoi curang dengan pasangan masing-masing di konsert Coldplay baru-baru ini.

 

CEO & HR ‘kantoi busuk’ ada hubungan sulit

Ketika konsert itu sedang rancak berjalan, vokalis, Chris Martin ingin berinteraksi dengan penonton dengan lebih dekat melalui ‘kiss cam’.

Sedikit info, kiss cam adalah budaya di negara barat di mana satu rakaman video secara langsung akan dilakukan ke khalayak ramai dengan menunjukkan imej pasangan terpilih yang mana menuntut agar mereka bercumbu, kebiasaannya kiss cam ini selalu berlaku dalam acara sukan di sana.

Jadi, kamera dengan secara rambangnya menuju ke arah pasangan kekasih ini, namun setelah mereka menyedari mereka menjadi sasaran rakaman kiss cam, lelaki yang memeluk wanita itu dari belakang nampak panik dan cepat-cepat melepaskan pelukan itu serta cuba berselindung sambil wanita itu menutup mukanya.

Dengan paparan skrin yang terpampang di hadapan ribuan penonton, ia turut mendapat perhatian Chris Martin yang berseloroh:

“Oh, ni kalau tak hubungan sulit, mesti diaorang ni sangat pemalu,” ujar Chris Martin sambil disambut dengan sorakkan dan gelakan ribuan penonton yang menyaksikannya.

 

Netizen ‘buat kerja’

image is not available

Memandangkan rakaman itu tular, ia menarik perhatian netizen untuk menyiasat siapa identiti mereka berdua, ternyata mereka merupakan rakan sekerja.

Lelaki tersebut merupakan CEO syarikat Astronomer dari sebuah firma pembangun perisian, Andy Byron yang sudah berkahwin dan juga wanita tersebut merupakan Ketua HR di syarikat yang sama, Kristin Cabot.

image is not available

Malah, netizen pula telah ‘mengapi-apikan’ lagi situasi ini apabila mereka menemui profil isteri kepada CEO tersebut dan membanjiri ruangan komen mengenai video kecurangan suaminya itu.

image is not available

Dalam tempoh artikel ini ditulis, isterinya kini dikatakan telah menyulitkan akaun profil di Facebook dan didakwa telah membuang nama keluarga suaminya dari profil itu. Buat masa ini, masih belum ada respon daripada kedua-dua belah pihak lagi mengenai isu ini.

Sumber: Yahoo!, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.